Friday, December 18, 2009

Masak lemak ikan kerisi dengan pucuk mengkudu

Jenis ikan yang sesuai perlu diberi pada ibu yang baru lepas melahirkan. Orang tua-tua mengkategorikan kepada dua jenis, iaitu ikan yang gatal daan ikan yang tidak gatal. Selain itu, ikan yang bersengat juga tidak digalakkan diberi kepada ibu yang baru lepas bersalin.
Ikan yang paling baik adalah ikan yang mempunyai isi yang putih. Contohnya ikan bawal, ikan kerisi, ikan gelama, ikan merah dan sebagainya. Ikan yang banyak tulang juga tidak digalakkan demi untuk keselamatan ibu tersebut.

Bahan-bahan untuk masak lemak ikan kerisi dengan pucuk mengkudu.

3 ekor ikan kerisi yang sederhana saiznya.
pucuk daun mengkudu 5 helai (dimayang halus dan direbus terlebih dahulu selama 3 minit)
isi kunyit 4 cm,
halia 2 cm
lada hitam 7 biji,
bawang putih.,
garam
santan 2 cawan.

cara memasak.
Masukkan ikan ke dalam periuk.
tumbuk semua bahan .
Setelah itu, masak ikan dan bahan-bahan tadi dengan santan yang agak cair. setelah ikan sudah sebati dengan ramuan yang ditumbuk, masukkan pati santan dan garam. biarkan mendidih seketika,masukkan daun mengkudu yang telah direbus tadi.

Selamat mencuba.

No comments: