Saturday, January 9, 2010

Pokok Lengkuas Ranting

Pokok ini berdaun kecil dan agak rendah berbeza dengan pokok lengkuas. Pokok dalam kategori herba panas ini dapat melancarkan perjalanan darah disamping membuang angin dalam badan. Ingat, jangan diambil dalam kuantiti yang banyak.Bunga pokok lengkuas ranting boleh dibuat ulam untuk tujuan memanaskan badan. Isi pokok ini juga boleh dijadikan bahan masakan kerana mempunyai bau yang sama dengan lengkuas. Tumbuh liar dikawasan yang agak lembap dan lapang. daunnya boleh dijadikan mandian semasa dalam tempoh berpantang.

No comments: