Wednesday, February 3, 2010

ikan masak asam

Ikan Masak Asam.

Bahan-bahan.
ikan lolong/ikan selar/dll yang digoreng .
bawang putih di mayang
bawang merah dimayang
halba campur
perahan air asam jawa
garam
(jika bukan untuk ibu lepas bersalin boleh ditambah cili besar sebagai hiasan)


Tumis bawang merah dan putih sehingga garing, masukkan halba campur sebentar sehingga naik bau, selepas itu masukkan air asam jawa mengikut kuantiti yang dikehendaki. biarakan semua bahan mendidih seketika, masukkan ikan yang telah digoreng dan akhir sekali garam. Boleh juga dimasukkan halia mayang untuk tujuan membuang angin. rasa dahulu masakan anda. setelah mendidih dan cukup rasa. angkat dan hidangkan. Selamat mencuba.

No comments: