Friday, December 18, 2009

Masak lemak ikan kerisi dengan pucuk mengkudu

Jenis ikan yang sesuai perlu diberi pada ibu yang baru lepas melahirkan. Orang tua-tua mengkategorikan kepada dua jenis, iaitu ikan yang gatal daan ikan yang tidak gatal. Selain itu, ikan yang bersengat juga tidak digalakkan diberi kepada ibu yang baru lepas bersalin.
Ikan yang paling baik adalah ikan yang mempunyai isi yang putih. Contohnya ikan bawal, ikan kerisi, ikan gelama, ikan merah dan sebagainya. Ikan yang banyak tulang juga tidak digalakkan demi untuk keselamatan ibu tersebut.

Bahan-bahan untuk masak lemak ikan kerisi dengan pucuk mengkudu.

3 ekor ikan kerisi yang sederhana saiznya.
pucuk daun mengkudu 5 helai (dimayang halus dan direbus terlebih dahulu selama 3 minit)
isi kunyit 4 cm,
halia 2 cm
lada hitam 7 biji,
bawang putih.,
garam
santan 2 cawan.

cara memasak.
Masukkan ikan ke dalam periuk.
tumbuk semua bahan .
Setelah itu, masak ikan dan bahan-bahan tadi dengan santan yang agak cair. setelah ikan sudah sebati dengan ramuan yang ditumbuk, masukkan pati santan dan garam. biarkan mendidih seketika,masukkan daun mengkudu yang telah direbus tadi.

Selamat mencuba.

Menu Makanan dalam pantang

Menu-menu yang akan ditulis adalah koleksi peribadi serta hasil dari sumbangan rakan-rakan. Diharapkan usaha saya mengumpul menu-menu ini akan dipermudahkan. Semoga adat dan warisan bangsa ini akan terus kekal untu kebaikan generasi akan datang.

Koleksi peribadi.
Sambal Lada.
Sambal lada adalah sejenis menu yang bertujuan untuk memanaskan badan. lada hitam biji yang ditumbuk berfungsi menambahkan suhu badan . Suhu yang rendah disebut sejuk dalam masyarakat Melayu. Badan menjadi sejuk kerana anyak darah telah keluar semasa proses kelahiran.
Cili Kering yang pedas rasanya akan merangsang sel otak. Secara tidak langsung akan mengaktifkan sel-sel yang telah penat semasa proses kelahiran. rasa pedas juga dapat menaikkan selera makan ibu dalam pantang.Namun jangan dimakan terlalu banyak, dibimbangkan akan menganggu kesihatan bayi.cukuplah dimakan untuk memanaskan badan.
Bahan-bahan

Cili kering 5 tangkai (dibuang biji)
lada hitam biji 7 biji
garam.

Semua bahan ditumbuk lumat.

Tanda-tanda badan anda sejuk. Menggigil dan gigi hendak terkancing. selamat mencuba