Wednesday, February 3, 2010

Singgang Ikan

Singgang Ikan

Bahan-bahan.
Ikan
bawang putih dimayang ( saiz yang agak besar)
Isi kunyit dipotong
lengkuas garam.
asam keping

Ikan mestilah yang mempunyai isi yang putih kerana ikan jenis ini tidak gatal. Ikan yang dicadangkan, ikan merah, selar, gelama, kerisi . ikan haruan juga sesuai..

Cara memasak.
masukkan air ke dalam periuk, Air mengikut saiz dan kuantiti ikan. setelah air mendidih, masukkan bawang putih, isi kunyit hidup dan lengkuas, biarkan seketika, selepas itu masukkan ikan dan asam keping. biarkan mendidih. masukkan garam . setelah cukup rasa bolehlah diangkat. selamat mencuba.

No comments: